comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: England berjaya elak Jerman

England berjaya layak ke kelompok 16 pasukan terbaik tetapi terus beraksi hambar. -Foto: Reuters

COLOGNE: England muncul juara Kumpulan C selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Slovenia awal pagi tadi yang menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate itu mengelak pertemuan di peringkat 16 terakhir berdepan menentang tuan rumah, Jerman

Meskipun terus menampilkan aksi hambar, kapten pasukan tetap mempertahankan pasukannya.

“Itulah matlamat sebelum permulaan kejohanan, untuk menduduki tempat teratas kumpulan.

“Perlawanan ini benar-benar sukar. Kami pernah berada di sini sebelum ini dan perlu meningkatkannya prestasi kami dalam perlawanan kalah mati. Mudah-mudahan kami boleh melakukannya sekali lagi tetapi siapa lawan yang kami temui dalam pusingan seterusnya akan mencabar,” kata Kane.

England perlu menunggu untuk mengetahui siapakan lawan di antara empat pasukan tempat ketiga terbaik yang mereka akan temui di Gelsenkirchen pada pagi Isnin ini untuk mencari tempat ke suku akhir,

Keputusan seri menentang Slovenia kali kedua buat England selepas diikat Denmark 1-1 pada aksi kedua selepas menang tipis 1-0 ke atas Serbia pada perlawanan pembukaan.

Sementara itu Denmark muncul naib juara Kumpulan C dan akan menentang Jerman pada pusingan 16 Ahad ini.

Denmark mengatasi Slovenia untuk berada di tempat kedua berdasarkan ranking kelayakan yang lebih baik selepas kedua-dua negara menamatkan saingan dengan tiga seri, perbezaan gol yang sama, jumlah gol yang dicetak, dan mata hukuman yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini