comscore
Tumpuan :
Sukan

Euro 2024: Serbia ikat Slovenia

 

Pemain Slovenia, Zan Karnicnik meraikan jaringan ketika aksi Kumpulan C Euro 2024 menentang Serbia di Munich Football Arena, Munich. – Foto: Reuters

MUNICH: Pemain gantian, Luka Jovic meledak gol penyamaan penuh dramatik pada minit akhir untuk membantu Serbia mengikat Slovenia 1-1 pada aksi Kumpulan C Euro 2024 di Allianz Arena, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk merebut slot ke pusingan kalah mati.

Selepas sejam berlalu tanpa sebarang gol, bek kanan, Zan Karnicnik berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-69 untuk meletakkan Slovenia mendahului 1-0.

Slovenia hampir meraih kemenangan pertama namun ketika saingan memasuki minit kelima masa tambahan, Serbia mendapat sepakan sudut yang diambil Ivan Ilic.

Pemain itu melakukan hantaran yang baik untuk ditanduk masuk Jovic sekali gus menewaskan Jan Oblak untuk gol penyamaan Serbia.

Slovenia akan bertemu England dalam aksi terakhir kumpulan manakala Serbia menentang Denmark. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini