comscore
Tumpuan :
Sukan

Euro 2024: Slovakia kejutkan pasukan ranking ke-3 dunia

Penyokong Belgium jelas kecewa apabila pasukan mereka tewas kepada Slovakia dalam aksi Kumpulan E Euro 2024. – FOTO: Reuters

FRANKFURT: Slovakia melakar kejutan besar pertama Euro 2024 apabila meledak gol awal dan bertahan dengan baik untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium dalam aksi Kumpulan E, Sebentar tadi.

Ivan Schranz mengambil kesempatan daripada kesilapan ‘menakutkan’ pertahanan Belgium untuk meletakkan Slovakia di hadapan pada minit ketujuh.

Jaringan pemain Slovakia, Ivan Schranz berjaya memastikan pasukannya menewaskan Belgium dalam aksi Kumpulan E Euro 2024. – FOTO: Reuters

Malah, Slovakia meneruskan persembahan terbaik mereka untuk kekal berada di depan dalam memastikan kemenangan yang tidak dijangka di Arena Frankfurt.

Penjaring terbanyak Belgium, Romelu Lukaku dua kali meletakkan bola ke gawang, namun dinafikan selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).

Jaringan pertama Lukaku dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-56 dan satu lagi jaringannya tidak dikira ketika perlawanan berbaki beberapa minit.

Jurulatih Slovakia, Francesco Calzona menganggap kemenangan mengejut itu sebagai bukti peningkatan pasukan kerdil.

“Pasukan lebih kerdil, negara yang lebih kecil, sudah mencapai peningkatan. Kami boleh mencetuskan masalah kepada negara yang lebih berprestij. Namun masih terdapat jurang yang besar,” kata Calzona.

Slovakia berada di ranking ke-48 dunia, manakala Belgium menduduki tangga ketiga.

“Kami perlu bekerja keras. Ia sama sekali tidak mudah kerana negara seperti Belgium menghasilkan begitu ramai pemain bola sepak.

Dengan kemenangan itu, Slovakia menyertai Romania di kedudukan dua teratas kumpulan selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Ukraine. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini