comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Switzerland sudah buktikan kualiti, mampu pergi jauh – Zuber

Penyerang Switzerland, Steven Zuber (kiri) ketika dalam perlawanan menentang Itali pada pusingan 16 Euro 2024 – FOTO: Reuters

DUESSELDORF: Switzerland sudah membuktikan kualiti mereka di Euro 2024 dan tidak sepatutnya meletakkan had sejauh mana mereka boleh mara dalam kejohanan itu selepas mengikat Jerman dan menyingkirkan juara bertahan Itali, kata penyerang Steven Zuber.

Switzerland mempamerkan prestasi mengagumkan dan bermain penuh keyakinan untuk mara ke suku akhir Euro 2024 berdepan England, Ahad ini.

“Saya benar-benar berharap kami tidak menetapkan had untuk diri sendiri, bukan sahaja sebagai pemain tetapi untuk seluruh negara. Saya harap mentaliti bahawa sempadan tertentu tidak boleh dilepasi sudah tiada.

“Tidak mustahil untuk menewaskan pasukan hebat, malah yang digelar pasukan pilihan juga mungkin menghadapi kesukaran. Sempadan tertentu seharusnya tidak lagi menjadi masalah kepada kami,” kata Zuber.

Zuber, yang beraksi ketika Switzerland tewas di suku akhir kepada Sepanyol pada kejohanan sebelum ini, terlepas aksi awal Euro 2024 susulan kecederaan betis yang dialami dalam perlawanan persahabatan.

Dia masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika pasukannya mencipta kemenangan 2-0 ke atas Itali, minggu lalu dalam pusingan 16 terakhir.

Tonggak tengah Switzerland, Granit Xhaka, yang muncul pemain terbaik perlawanan dalam dua daripada tiga perlawanan pertamanya, mengalami kecederaan sebelum menentang Itali dan berlatih secara berasingan dengan skuad yang berpangkalan di Stuttgart. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini