comscore
Tumpuan :
Sukan

Everton lantik Dyche ganti Lampard

Sean Dyche dilantik sebagai pengurus baharu Everton. – FOTO: REUTERS

LONDON: Sean Dyche berazam hari ini untuk “membentuk semula” Everton selepas pasukan bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan melantik bekas bos Burnley itu bagi menyelamatkan mereka daripada penyingkiran.

Dyche bersetuju dengan kontrak dua setengah tahun dan akan berdepan pendahulu EPL, Arsenal di Goodison Park pada perlawanan pertamanya Sabtu ini.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata adalah satu “penghormatan” untuk mengendalikan kelab Merseyside itu yang tidak menang sebarang kejuaraan sejak 1995 dan memecat pengurus Frank Lampard kurang setahun selepas dilantik.

Dyche tiba di Goodison sambil menyedari bahawa moral pemain Everton berada di tahap terendah selepas bergelut dan mungkin bermain di luar kelompok utama buat pertama kali sejak 1954.

“Kami mahu mengubah bentuk kelab ini untuk terus ke depan, membentuknya menjadi cara kami, tapi membentuknya dengan cara kami boleh menang.”

Menjelaskan Everton kurang daya untuk bertarung musim ini, Dyche berkata: “Kami mahu membentuk sebuah pasukan yang boleh melakukannya, yang boleh bertarung dan bangga memakai lencana kami, melebihi taktikal dan teknikal.

“Saya tidak mempersoalkan mana-mana pengurus yang berada di sini sebelum ini, saya sudah ada bayangan dan cara saya dan itulah yang saya mahu lakukan.

“Tapi ia akan bermula dengan bentuk yang sukar. Kami perlu pantas melakukannya. Kami mahukan kebenaran dan secara jujur dan mereka pasti akan mendapatnya daripada saya.”

Lampard dipecat minggu lalu selepas kalah sembilan kali dalam 12 aksi EPL dan tewas kepada pasukan yang juga bergelut, West Ham adalah perlawanan terakhirnya sebagai pengurus. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini