comscore
Tumpuan :
Sukan

Fabinho ikut jejak Henderson, Firmino ke Liga Arab Saudi

Fabinho (tengah) Menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Arab Saudi, Al-Ittihad. Foto : Ittihad Club / Twitter

RIYADH: Pemain tengah Brazil dan Liverpool, Fabinho nyata masih lagi mendapat perhatian apabila berjaya menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

Kontrak adalah untuk tempoh tiga tahun dengan nilai sebanyak £40 juta (RM232.5 juta).

Jumlah itu masih boleh dianggap tinggi dan cuma kurang £3.7 juta ketika Fabinho menyertai Liverpool dari AS Monaco pada tahun 2018.

Sepanjang hampir 5 tahun bersama Liverpool, Fabinho 29 tahun membantu pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga dan Piala Dunia Kelab.

“Sejak hari pertama di Liverpool, saya diterima baik oleh setiap orang. Saya berkembang sebagai pemain dan sebagai lelaki, impian saya menjadi kenyataan. Dengan jersi ini, saya menang setiap kejuaraan yang boleh diimpikan seorang pemain,” katanya.

Pemain lain Liverpool yang turut ke Liga Arab Saudi ialah ketua pasukan, Jordan Henderson untuk bersama Al-Ettifaq dan rakan senegara Fabinho, Firmino untuk bersama Al-Ahli.

Di Al-Ittihad, Fabinho akan digandingkan dengan Karim Benzema dan N’Golo Kante.

Al-Ittihad adalah juara Liga Arab Saudi musim ini.

Loading...
Terkini