comscore
Tumpuan :
Sukan

Faisal cedera disimbah asid di pusat membeli belah

Faisal cedera di beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara. – Foto Tular Media Sosial

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi dengan seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa terbaharu.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap kecederaan pemain Selangor itu, namun berdasarkan gambar yang tular, dia dilihat mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini