comscore
Tumpuan :
Sukan

Faisal Halim teruja terima kunjungan Tun M

Foto: Faisal Halim / Instagram

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim langsung tidak menduga apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke kediamannya hari ini.

Detik itu dikongsikan beliau di laman sosialnya, yang nyata begitu gembira menerima kunjungan negarawan terbabit.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini.

“Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

Foto: Faisal Halim / Instagram

“InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” ujar Faisal.

5 Mei lalu Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey ini diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid kepadanya.

Susulan insiden malang itu, Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan dan kini dia sedang menjalani proses pemulihan.

Sehingga kini, pesalah masih diburu oleh pihak polis yang masih menyiasat dalang disebalik insiden itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini