comscore
Tumpuan :
Sukan

Fakhrul, Zulaikah ungguli pusingan ketujuh Siri Jelajah PGM 2024

Oleh: Mohd Hazreen Nor Mubarak

KUALA LUMPUR: Fakhrul Akmal Ezamdi dan Zulaikah Nasser muncul juara kategori lelaki dan wanita bagi pusingan ketujuh Siri Jelajah PGM 2024 yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan, Pahang petang tadi.

Penantian yang cukup berbaloi buat Fakhrul Akmal yang menunggu selama 8 tahun untuk meraih kemenangan pertamanya sejak menjadi pemain profesional pada 2016.

Pemain berusia 28 tahun ini nyata berada pada kelas tersendiri apabila muncul wakil tunggal yang mencatat skor bawah par melebihi 10 pukulan.

Selepas tiga pusingan, anak kelahiran Senawang, Negeri Sembilan ini mengumpul 16 bawah par; sembilan pukulan sekali gus mengatasi pencabar di tempat kedua iaitu Lee Chong Li.

Kejayaan itu menyaksikan Fakhrul Akmal membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM31,500.

Dalam saingan wanita, Zulaikah mengekalkan penguasaan sejak hari pertama untuk merangkul gelaran kedua berturut-turut, musim ini.

Selepas menjuarai siri keenam di Kelab Golf Seriemas pada 12 September lalu, pemain negara berusia 22 tahun ini mengumpul tiga bawah par keseluruhan.

Tempat kedua diungguli Geraldine Wong yang membuat tiga atas par 219 pukulan selepas tamat tiga hari pertandingan.

Selaku juara, Zulaikah memenangi hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini