comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM dan FIFA anjur kursus pembangunan Liga FIFA/FAM 2023

Foto: FAM

KELANA JAYA: Dalam usaha untuk memperkasakan bola sepak wanita di dalam negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menganjurkan Kursus Pembangunan Liga FIFA/FAM 2023 .

Majlis pembukaan kursus yang bermula siang tadi sehingga rabu ini,  disempurnakan oleh Exco FAM, Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman  Rahman.

Seramai 20 peserta terdiri daripada ketua jurulatih dan jurulatih pasukan bertanding di Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, jurulatih sekolah sukan serta jurulatih terpilih dari persatuan bola sepak yang terbabit di dalam bola sepak wanita.

Turut menghadiri majlis,  Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi merangkap Ketua Unit Bola Sepak Wanita FAM.

Kursus selama tiga hari itu telah dijalankan oleh Pakar Teknikal FIFA, Karl Dennis Dodd dari Brisbane, Australia.

Foto: FAM

Beliau dibantu  oleh ketua unit akar umbi FAM, Cameron Ng.

.Antara topik yang dibentangkan di dalam kursus berkenaan adalah kepimpinan – Malaysia dan kesihatan wanita, membina model perlawanan serta falsafah dan periodisasi model perlawanan selain turut menjalankan latihan secara praktikal.

Loading...
Terkini