comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM ‘kongsi’ ilmu bola sepak bersama kanak-kanak perempuan

Foto: FAM

PUTRAJAYA: Seramai 60 kanak-kanak perempuan berusia di antara 10 hingga 15 tahun diraikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sempena Hari Bola Sepak Wanita AFC ke-10. hari ini.

Karnival bola sepak yang berlangsung di Taman Ekuestrian, Putrajaya itu memberi peluang kepada peserta pendedahan terhadap bola sepak.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob.

Hadir sama, timbalan pengerusinya, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah, ahli Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dalizwa Deena Salihin, juga Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell.

Foto: FAM

Dato’ Suraya dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih terhadap barisan ibu bapa yang telah hadir bagi menyokong program Hari Bola Sepak Wanita AFC ke-10.

“Menerusi penganjuran program ini, kita dapat lihat ibu bapa kini lebih terbuka untuk melihat anak perempuan mereka bermain bola sepak.

“Saya berharap kanak-kanak yang hadir pada hari ini sedikit sebanyak dapat memperoleh ilmu mengenai bola sepak,” kata Dato’ Suraya.

Selain itu, duta bola sepak wanita negara, Steffi Sarge Kaur, Nur Lyana Soberi dan Azurin Mazlan turut turun memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada barisan pemain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini