comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM panggil tiga pemain ke latihan pusat E-Rimau

Foto: FAM/Facebook

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengumumkan tiga nama pemain yang akan dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad sebagai persiapan menghadapi saingan bola sepak elektronik AFC Piala Asia 2023.

Dua pemain dipanggil adalah daripada pasukan Wepes Malaysia, iaitu Shaharil  Shaifuddin Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Ochibikun, serta Muhamad Khairul Abdul Aziz atau Keron.

Manakala seorang lagi pemain adalah daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamad Norhaikal Mohamad Noh.

Sebagai  pemain paling senior, Shaharil akan menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih sepanjang persediaan dan kempen kejohanan.

Kem latihan pusat akan bermula 26 hingga 29 januari ini, sebelum mereka dijadual berlepas ke Qatar pada 30 januari.

Malaysia membuka tirai kejohanan berdepan Jordan pada 1 Februari di peringkat kumpulan.

Dua aksi seterusnya menentang Bahrain dan Korea Selatan pada 2 Februari.

Kejohanan akan berlangsung di Doha Festival City Mall, Qatar pada 1 hingga 5 Februari.

Loading...
Terkini