comscore
Tumpuan :
Sukan

FIFA denda Serbia

FOTO: REUTERS

DOHA: Pasukan Serbia didenda 20,000 Swisss francs (RM93,528) selepas mendapati ada bendera yang menunjukkan Kosovo sebagai sebahagian daripada negara itu digantung di bilik persalinan ketika menentang Brazil di saingan Piala Dunia pada 24 November lalu, kata FIFA.

Imej bendera berkenaan turut diselit dengan mesej ‘kami tidak akan menyerah’ dalam tulisan Serbia dan ia menjadi tular di laman media sosial selepas dikongsi oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Kosovo, Hajrulla Ceku.

FIFA juga mendenda Persekutuan Bolasepak Croatia 50,000 Swiss francs (RM233,821) selepas ia berkata, penyokong menghantar mesej tidak sepatutnya untuk acara sukan ketika perlawanan menentang Kanada pada 27 November.

Arab Saudi menerima dua denda masing-masing 15,000 Swiss francs (RM70,146) kerana salah laku selepas menerima secara keseluruhan enam kad dalam perlawanan menentang Argentina dan Mexico pada 22 November dan 30 November lalu. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini