comscore
Tumpuan :
Sukan

Final MFL – TFC II dan JDT II saling waspada

Foto Facebook MFL

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Piala MFL yang menemukan Terengganu II dan Johor Darul Ta’zim ( JDT) II malam esok menyaksikan kedua-dua pasukan saling waspada memperkatakan peluang masing-masing.

Namun yang pasti, kedua-dua pasukan memang mengidamkan kejuaraan pada pertandingan yang kali pertama diperkenalkan Liga Bola sepak Malaysia ini.

Meskpun tiga pertemuan musim ini lebih berpihak kepada Terenganu, ketua jurulatihnya Hairuddin Omar sedar situasi berbeza pada perlawanan akhir malam esok.

“Esok mungkin berbeza, perlawanan dan pemain berbeza, suasana juga berbeza, jadi untuk final, pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan ambil kesempatan saya fikir akan muncul pemenang,” kata Hairuddin.

Menyoroti  tiga pertemuan kedua-dua pasukan musim ini yang sering menjadi tumpuan, Terengganu menang dua daripada perlawanan itu dan JDT menang sekali menyaksikan jumlah jaringan yang kecil.

Membayangkan keadaan sama pada perlawanan akhir yang menjanjikan pertemuan  seimbang.

Bagi ketua jurulatih JDT,  Mariano Raul Echeverria, beliau mahu pemainnya menikmati final itu dengan penuh keyakinan selaku juara Liga Perdana musim lalu

“Paling penting, pemain telah bersedia untuk perlawanan, ini perlawanan keempat kami menentang Terengganu, banyak yang berlaku dalam masa setahun, tetapi kami yakin dengan pemain  berdasarkan karektor mereka musim ini sehingga membawa ke final,” kata Mariano pada sidang media pra perlawanan.

Perlawanan final Piala MFL 2023 akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, jam 8.15 malam esok.

Loading...
Terkini