comscore
Tumpuan :
Sukan

Final Piala Asia B-23: Uzbekistan lawan Jepun

Final Piala Asia bawah 23 (B-23) menemukan Uzbekistan dan Jepun. – FOTO: AFC ASIAN CUP/ Facebook

DOHA: Uzbekistan dan Jepun mara ke pentas akhir Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir yang berlangsung awal pagi tadi.

Sekaligus, kedua-dua pasukan mengesahkan dua daripada tiga slot kelayakan Asia ke Olimpik Paris 2024, manakala satu lagi slot automatik akan diisi sama ada Indonesia ataupun Iraq.

Uzbekistan menewaskan Indonesia 2-0 untuk tampil buat pertama kali di final temasya berkenaan sejak merdeka daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Husain Norchaev meletakkan skuad kendalian Timur Kapadze di depan pada minit ke-68 sebelum gol sendiri Pratama Arhan mengesahkan kemaraan Uzbekistan ke final.

Mereka akan bertemu Jepun yang menewaskan Iraq 2-0, dengan Mao Hosoya dan Ryotaro Araki menjaringkan gol pada minit ke-28 dan 42.

Kemenangan itu mengekalkan rekod kelayakan Jepun ke Olimpik sejak tahun 1996.

Uzbekistan, juara Piala Asia B-23 pada tahun 2018, akan berdepan Jepun pada Jumaat, manakala Indonesia bertemu Iraq pada Khamis untuk penentuan tempat ketiga dan kelayakan ke Olimpik Paris.

Pasukan yang tewas akan menentang Guinea, pasukan di tangga keempat kelayakan Afrika untuk slot terakhir ke Olimpik. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini