comscore
Tumpuan :
Sukan

Foden pastikan City terus hambat Liverpool

Foden (tengah) mencipta hatrik kedua dalam kariernya ketika Manchester City mengalahkan Brentford 3-1 awal pagi tadi. FOTO: Routers

LONDON: Jaringan hatrik Phil Foden dalam kemenangan 3-1 ke atas Brentford awal pagi tadi, membantu Manchester City melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris untuk meneruskan tekanan ke atas Liverpool.

City kini mengumpul 49 mata cuma ketinggalan dua mata di belakang Liverpool dan masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Bertandang ke Brentford,  dikejutkan jaringan pendahuluan menerusi Neal Maupay  pada minit ke-21, tidak menjejaskan tumpuan City dan Foden memulakan detik kebangkitan pasukannnya pada masa kecederaan babak pertama untuk kedudukan 1-1.

Lapan minit selepas rehat Foden menanduk masuk hantaran Kevin De Bruyne untuk giliran City mendahului dan pada minit ke-70, pemain antarabangsa England itu menyempurnakan pula hantaran Erling Haaland  melengkapkan hatriknya, juga hatrik kedua dalam kariernya..

“Sangat gembira dengan prestasi saya, gembira dengan cara saya bermain,” kata Foden kepada Sky Sports.

“Bermain lebih ke tengah, ia posisi yang saya mahukan. Ini adalah prestasi terbaik sejak saya menyarung jersi City untuk sekian lamanya secara konsisten.

Kemenangan itu juga menyaksikn City muncul pasukan EPL pertama menang empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan walaupun mereka lebih dulu ketinggalan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini