comscore
Tumpuan :
Sukan

FUTSAL: Malaysia bangkit ikat Afghanistan 

Skuad negara mengikat Afghanistan yang jauh berada ranking dunia lebih tinggi (53) dalam aksi di Bangkok, petang tadi. – Foto: FAM/Facebook

BANGKOK: Pasukan futsal kebangsaan bangkit dua kali daripada ketinggalan sewaktu menentang Afghanistan, sebelum pertemuan berkesudahan seri 3-3.

Skuad bimbingan Rakphol Sainetngam yang menyertai saingan jemputan empat penjuru, NSDF Futsal Championship Thailand 2024 itu kemudiannya akur meraih satu mata dalam pertama.

Lawan selesa mendahului 2-0 dihadapan hasil penyudah Reza Hossein Poor minit ke-10 dan Mehram Ghulami minit ke-19.

Malaysia terpaksa menunggu hingga minit ke-30 untuk menghasilkan gol, apabila Mohamad Awalluddin Mat Nawi mengecilkan jurang.

Kedudukan berubah 3-3 empat minit berselang, hasil jaringan Ahmad Harith Nai’im Mohd Nasir.

Ghulami menjaringkan gol kedua peribadi seminit sebelum permainan tamat, namun skuad negara berjaya mengelak daripada kekalahan selepas Awalluddin menyumbat jaringan saat-saat akhir.

Mereka dijadual berdepan tuan rumah, Thailand dalam aksi kedua esok di Stadium Nonthaburi jam 7.30 malam waktu tempatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini