comscore
Tumpuan :
Sukan

FUTSAL: Selangor TOT United bangkit benam JDT

FOTO: FAM / Facebook

SHAH ALAM: Johor Darul Ta’zim (JDT) merasai kekalahan pertamanya dalam saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 di tangan Selangor TOT United dalam aksi kedua yang berlangsung hari ini.

Perlawanan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu menyaksikan Harimau Selatan mendahului 1-0 pada separuh masa perta dari jaringan Awalluddin Mat Nawi minit ke-11.

Hasrat JDT merakam kemenangan kedua berturut-turut lenyap selepas rehat menyaksikan kebangkitan mantap lawan.

FOTO: FAM / Facebook

Selangor TOT United merobohkan kekentalan pelawat dalam tempoh lima minit dengan menyumbat tiga gol.

Wan Raziq Wan Zulhasmi tampil menyamakan keadaan minit ke-27 sekaligus menyemarakkan semangat rakan sepasukan.

Joshua Lee dan Helio Neto masing-masing menyumbang satu gol apabila menghukum kelonggaran benteng JDT pada minit ke-31 dan 32.

Keputusan penuh 3-1 membolehkan tuan rumah mengumpul kemenangan kedua selepas mengalami kekalahan tipis 3-4 kepada KL City Sabtu lalu.

Loading...
Terkini