comscore
Tumpuan :
Sukan

Gelaran Terbuka Hong Kong, hadiah Hari Malaysia dari Pearly-Thinaah 

Oleh: Syakirah Zulkifly 

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menghadiahkan kejuaraan Terbuka Hong Kong 2024 sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Pasangan di ranking ke-8 dunia itu menyifatkan kemenangan yang dicapai selepas diberi peluang kedua beraksi di pentas final.

“Sebelum ini kami mara ke final Terbuka Korea ketika Hari Merdeka tetapi ia belum rezeki untuk kami bergelar juara. Kali ini saya anggap tuhan beri peluang kedua kepada kami di Terbuka Hong Kong ini,” katanya kepada media selepas meraih kemenangan berharga itu.

Pearly-Thinaah mengakhiri penantian menambah gelaran juara Siri Jelajah Dunia BWF selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Perancis 2022.

Pearly-Thinaah turun di gelanggang sebagai pilihan ketiga kejohanan, permainan menakjubkan ditampilkan gandingan utama negara itu untuk menang dengan keputusan straight set 21-14, 21-14.

Lebih menarik, hanya 37 minit diperlukan Pearly-Thinaah untuk menundukkan gandingan China yang menghuni ranking kedua dunia itu.

Pada aksi di Hong Kong Coliseum itu, Pearly-Thinaah tampak cukup tenang sekalipun rekod perlawanan tidak memihak mereka.

Kemenangan itu juga menyaksikan Pearly-Thinaah menjadi wakil beregu wanita pertama negara yang memenangi gelaran di Terbuka Hong Kong selain gelaran pertama mereka pada musim ini.

Selain itu, ini juga kali pertama Pearly-Thinaah memenangi kejohanan bertaraf Super 500.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini