comscore
Tumpuan :
Sukan

Geran RM5 juta khusus untuk pembangunan skuad kebangsaan – Hannah

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM5 juta yang diumumkan Perdana Menteri untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khusus bagi pembangunan dan aktiviti membabitkan skuad kebangsaan.

Menuurt Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dana terbabit akan dipantau setiap tiga bulan bagi dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti skuad kebangsaan.

Katanya FAM juga diingatkan supaya tidak menggunakan dana terbabit untuk membayar gaji staf mereka, menyelesaikan bil utiliti atau melangsaikan sewa premis kelak.

“Geran RM5 juta kepada FAM bagi tujuan jalankan aktiviti dan program 2024. Kita sedia maklum, Harimau Malaya dan pasukan lain di bawah FAM perlu latihan berkala serta dana jika mahukan mereka lawan pasukan lebih kuat.

“Pendedahan dan pertandingan perlukan dana yang banyak. Kalau kita lihat dalam tempoh dua tahun memang nampak hasil Kim Pan-gon (jurulatih Harimau Malaya) dan Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden FAM) berusaha cari dana.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cukup puas hati pada perlawanan semalam dan Harimau Malaya mempunyai bakat untuk langkah ke hadapan,” katanya, ketika ditemui, ketika ditemui pada Majlis Makan Tengahari di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan menyediakan peruntukan baharu berjumlah RM5 juta atas kejayaan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan 3-3, malam tadi.

Beliau berkata, peruntukan terbabit adalah hasil daripada penat lelah dan kesungguhan barisan pemain Harimau Malaya mempamerkan aksi memukau apabila bertemu pasukan yang berada di kedudukan ke-23 dunia pada aksi terakhir kumpulan E di Stadium Al-Jonoub, Qatar.

Mengikut rekod, Malaysia yang tumbang dalam dua aksi awal sebelum ini tampil lebih bertenaga sepanjang 90 minit permainan di mana pada satu ketika anak buah Pan-gon berjaya mendahului dengan 2-1.

Reputasi skuad Taegeuk Warriors selaku pasukan Piala Dunia serta berada di kedudukan ranking ke-23 dunia tidak menggentarkan pemain negara yang tetap berjuang hingga wisel penamat sebelum Romel Morales muncul sebagai penyelamat dengan gol ketiga di masa kecederaan.

Kejayaan mengikat Korea Selatan ini sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini.

Loading...
Terkini