comscore
Tumpuan :
Sukan

Ghana terpaksa ‘tinggalkan’ Partey, Lamptey 

Thomas Partey pada aksi persahabatan di Charlotte, Amerika Syarikat pada Oktober lalu. – FOTO: Reuters

ACCRA: Jurulatih Ghana, Chris Hughton terpaksa mengetepikan dua pemain dari Liga Perdana Inggeris yang cedera, Thomas Partey dan Tariq Lamptey daripada skuad 27 pemain bagi pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika di negara jiran Ivory Coast, bermula pertengahan bulan ini.

“Jika tidak mengalami kecederaan, dia pasti akan berada dalam skuad. Kami tahu kualiti dimilikinya. Dia mengalami kecederaan yang teruk,” kata Hughton pada sidang media semalam, menjelaskan pengguguran pemain tengahnya Partney.

Tambah Hughton, Partney diberi banyak masa untuk pulih daripada kecederaan hamstring.

“Saya menghabiskan banyak masa dalam tempoh ini bersama Thomas dan turut berhubung dengan staf perubatan di Arsenal. Ini kecederaan terbesar pernah dialaminya.” Paling penting bagi saya sebagai ketua jurulatih dan persatuan kami memberikannya sokongan yang diperlukannya menempuh masa sukar ini.

Mengenai Lamptey, pemain yang beraksi di posisi sayap kanan, ini penjelasan Hughton,

“Lamptey cedera ketika beraksi bersama Brighton bulan lalu, yang mana pengurus Roberto de Zerbi berkata dia terpaksa diketepikan dalam tempoh yang agak lama.” kata Hughton.

Tanpa Partey dan Lamptey, Ghana masih memiliki sentuhan  pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris iaitu, Daniel Amartey (Leicester City),Mohammed Kudus (West Ham United), Jordan Ayew (Crystal Palace) dan Antoine Semenyo (Bournemouth)

Ghana turut menyenaraikan penyerang kelab Le Havre, Andrew Ayew dalam skuad mereka, bermakna dia akan beraksi dengan menyamai rekod lapan penampilan pada Piala Negara-Negara Afrika sejak kemunculan pertamanya pada tahun 2008.

Juara empat kali Ghana bersaing dalam Kumpulan B, bermula dengan perlawanan menentang Cape Verde Islands pada 14 Januari ini sebelum bertemu Mesir dan Mozambique.

Loading...
Terkini