comscore
Tumpuan :
Sukan

Giliran Ruud tersingkir,impian jadi pemain no.1 dunia musnah

Foto: Casper Ruud – REUTERS

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

MELBOURNE: Pilihan kedua Casper Ruud tersingkir di pusingan kedua Terbuka Australia dan impian menjadi pemain nombor satu dunia turut musnah selepas dikecewakan pemain Amerika Syarikat Jenson Brooksby.

Bintang Norway itu yang terpaksa menerima rawatan perubatan selepas set kedua tewas 6-3, 7-5, 6-7 (4/7), 6-2 kepada lawannya yang menduduki ranking ke-39 dunia di Rod Laver Arena.

Ruud yang memburu gelaran Slam pertama bangkit dengan menyelamatkan tiga mata akhir sebelum memenangi set ketiga.

Namun Brooksby kembali mendapat rentak di set keempat untuk meraih kemenangan dan akan menentang rakan senegara Tommy Paul yang mengatasi cabaran pilihan ke-30 dari Sepanyol Alejandro Davidovich dengan limat set.

“Pertama sekali, Casper adalah seorang pahlawan, saya tahu ia akan menjadi pertempuran yang hebat di luar sana,” kata Brooksby.

“Saya benar-benar berbangga dengan keazaman mental saya selepas pertarungan set ketiga tidak berjalan lancar, dan berjaya untuk mengubahnya.”

Dengan tersingkirnya Ruud di Terbuka Australia kali ini ia bermakna berkemungkinan dua pemain iaitu samada pilihan ketiga Stefanos Tsitsipas atau jaguh Serbia Novak Djokovic pemain ranking ke-4 dunia mampu merampas posisi No.1 dunia itu sekiranya berjaya menjulang trofi.

Loading...
Terkini