comscore
Tumpuan :
Sukan

Giliran Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pula jadi ‘gelanggang’ konsert

Foto ihsan Perbadanan Stadium Malaysia

KUALA LUMPUR: Selepas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijadikan ‘pentas’ hiburan di Malaysia, kini giliran Stadium Hoki Nasional Bukit (SHNBJ) pula menjadi ‘gelanggang’  konsert artis tempatan dan Indonesia, Jun ini.

Menurut media sosial rasmi penganjur, Showcase Jiwakacau 2024 itu bakal berlangsung di SHNBJ dengan mengumpulkan beberapa artis ternama sebagai tarikan buat peminat.

Namun, situasi itu mungkin sedikit berbeza kerana padang hoki tidak sama seperti padang bola sepak yang menggunakan rumput 100 peratus manakala padang hoki pula menggunakan ‘turf’.

Situasi ini sudah pasti dapat mengelakkan berlaku kerosakan padang yang teruk seperti dialami SNBJ selepas konsert sebelum ini.

Jika konsert itu dilihat berjaya, tidak mustahil selepas ini ia akan diadakan lebih kerap lagi di SHNBJ selain pilihan utama di SNBJ.

Difahamkan antara artis akan membuat persembahan nanti adalah Bunkface, Hujan, Nidji dan beberapa artis lain.

Ini adalah penganjuran kali kedua konsert berkenaan selepas kali pertama di Stadium Malawati, Shah Alam, Jun tahun lalu.SNBJ antara gelanggang rasmi artis luar negara melakukan persembahan kerana boleh menampung begitu ramai peminat.

Namun, berlaku perdebatan hebat apabila persembahan Coldplay 22 November lalu memberi kesan buruk dan kerosakan padang SNBJ.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini