comscore
Tumpuan :
Sukan

Gol Arif Aiman bantu JDT tewaskan Lokomotiv Moscow

Arif Aiman Hanapi

DUBAI: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) lakar kejutan apabila menewaskan kelab Liga Premier Rusia, Lokomotiv Moscow 1-0 dalam aksi pra musim yang berlangsung di Stadium The Sevens, Dubai.

Jaringan tunggal JDT dihasilkan bintang muda sensasi pasukan, Arif Aiman Hanapi.

Pemain sayap lincah ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi dengan cukup baik.

Pemain berusia 21 tahun itu cemerlang membentuk gandingan serasi bersama Bergson Da Silva dan Fernando Forestier di samping Juan Muniz bagi mengemudi jentera serangan.

Namun begitu, jaringan Arif Aiman mencuri perhatian selepas dia membuat satu larian sebelum melepaskan rembatan yang mengelirukan lawan pada minit ke-56.

Selepas ini skuad Harimau Selatan dijadualkan menentang Juara Liga Premier Rusia, FC Zenit ST. Petersburg pada 6 Februari.

Loading...
Terkini