comscore
Tumpuan :
Sukan

Gol sendiri Ramos sebabkan Sevilla kecundang

Pemain Barcelona, Lamine Yamal meraikan jaringan ke atas Sevilla apabila Sergio Ramos (tengah) tertampan bola tandukannya ke gawang sendiri ketika aksi La Liga di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona. – Foto: Reuters

BARCELONA: Gol sendiri legenda Real Madrid, Sergio Ramos menyebabkan Sevilla tewas tipis 0-1 kepada Barcelona dalam aksi La Liga.

Bek tengah veteran itu tertampan bola tandukan Lamine Yamal ke gawang sendiri pada minit ke-76.

Awal minggu ini, Ramos, 37, berkata, dia merancang untuk meraikan jaringan ke atas Barcelona dengan gaya istimewa selepas kembali ke La Liga dari kelab Perancis, Paris Saint-Germain.

“Ramos adalah pertahanan yang luar biasa, hari ini dia tidak bernasib baik tertampan bola ke gawang sendiri tetapi permainannya masih baik.

“Ia malang buatnya tetapi baik buat kami. Sergio membesar dalam suasana begini, ia gol yang malang, terkenanya dan masuk,” kata pengendali Barcelona, Xavi.

Kemenangan itu membantu Barcelona memintas Girona di puncak La Liga dan akan bertemu Real Madrid yang berada di tangga ketiga awal pagi esok. – AGENSI

Loading...
Terkini