comscore
Tumpuan :
Sukan

Gol Walker pastikan England kekal rekod tanpa kalah

Pemain England, Kyle Walker (kanan) meledak gol antarabangsa pertamanya bagi mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 di Tarczynski Arena, Wroclaw, Poland. – FOTO: REUTERS

WROCLAW, POLAND: Kyle Walker menyelamatkan maruah England apabila pertahanan Manchester City itu meledak gol antarabangsa pertamanya bagi mengikat Ukraine 1-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024.

Skuad kendalian Gareth Southgate ketinggalan selepas Oleksandr Zinchenko meletakkan Ukraine di depan dalam aksi di Wroclaw.

Namun Walker memastikan rekod tanpa kalah England dalam saingan Kumpulan C apabila menemui sasaran sebelum rehat.

Walker menjadi pemain England yang mengharungi perlawanan paling banyak – 77 penampilan – sebelum menjaringkan gol pertamanya.

“Sangat melegakan. Selepas mewakili negara sebanyak ini, memang saya memikirkannya (gol) tetapi kini ia sudah dicapai,” kata Walker.

Walaupun deretan empat kemenangan England di peringkat kumpulan tidak dapat diteruskan, mereka kekal di landasan terbaik untuk mara ke Kejuaraan Eropah tahun depan.

England kini enam mata di depan pesaing terdekat, Ukraine dengan hanya tiga perlawanan berbaki dan dua pasukan teratas layak secara automatik.

“Anda menguasai permainan dan mahu mencipta peluang tetapi serangan tidak menjadi. Jadi apa yang penting ialah memastikan anda tidak kalah. Pulang dengan satu mata juga penting,” kata Southgate. – AGENSI

Loading...
Terkini