comscore
Tumpuan :
Sukan

GOLF ADT SELANGOR MASTERS – Shahriffuddin, Denwit kongsi kedudukan teratas tamat pusingan ketiga

Shahriffuddin sedang beraksi pada pusingan ketiga. FOTO – Asian Development Tour

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

KOTA DAMANSARA – Jaguh negara, Shahriffuddin Ariffin berkongsi kedudukan teratas dengan wakil Thailand, Denwit Boriboonsub selepas masing-masing mengumpul 205 pukulan, 8 di bawah par keseluruhan pada pusingan ketiga kejohanan golf ADT Selangor Masters yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor.

Shahriffuddin beraksi cemerlang selepas menamatkan saingan dengan catatan 66 pukulan, 5 di bawah par untuk jumlah 8 di bawah par.

“Banyak juga ada yang terpaksa bergelut, lubang awal bagus juga tetapi memasuki 9 lubang kedua agak keletihan, rasa sedikit bingung atas ‘green’, lagi panas, gerakan bola tambah perlahan, masih boleh kawal dan bermain par, saya akan kekalkan rentak sama, jangan buat banyak sangat kesilapan,” kata Shahrifuddin selepas selesai menamatkan aksi pusingan ketiga.

Loading...
Terkini