comscore
Tumpuan :
Sukan

Golf Allianz Bersama Media kembali selepas 2 tahun menyepi

KUALA LUMPUR: Selepas menyepi selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19, kejohanan Golf Allianz Bersama Media kembali dengan penyertaan 47 pengamal media di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Rabu lalu.

Edisi kelapan itu menyaksikan penyertaan editor kanan serta pihak pengurusan media, antaranya daripada Bernama, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times (NST), Media Prima, Utusan Malaysia, dan Kosmo.

Golf Allianz Malaysia Bersama Media merupakan acara tahunan yang telah bermula sejak 2013 lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata sekiranya pandemik tidak melanda, acara golf berkenaan pastinya memasuki edisi kesepuluh tahun ini, bagaimanapun katanya beliau tetap gembira kerana dapat bersua kembali dengan peserta lama, di samping mengalu-alukan kemunculan yang baharu pada edisi kali ini.

“Berdasarkan kepada keputusan acara serta perbualan saya dengan para peserta, kita dapat lihat acara tahun ini semakin bertambah hebat dari segi daya saingnya, dan ini pastinya ia petanda baik bagi rakan media kami,” katanya.

Imran Mohamad Nor dari Utusan Malaysia muncul juara, manakala Raimon Arvindra dari Astro dan Ismadi Manap dari RTM masing-masing di tempat kedua dan ketiga. – BERNAMA

Loading...
Terkini