comscore
Tumpuan :
Sukan

Haaland amat penting buat Manchester City – Rose

RB Leipzig berkumpul semasa sesi latihan terakhir di Stadium Etihad menjelang pertemuan timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City pagi nanti. – Foto: RB Leipzig

MANCHESTER: “Jika anda tidak mahukan Erling Haaland, berikannya kepada saya!”

Itulah reaksi pengurus RB Leipzig Marco Rose yang menjelaskan penyerang berusia 22 tahun tersebut mempunyai kualiti mantap dan merupakan antara pemain nombor 9 teratas di dunia.

Rose juga tidak memahami kenapa kemampuan Haaland dipertikai dan dikatakan tidak sesuai bersama Manchester City, pasukan yang akan ditemuinya di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah jam 4 pagi nanti.

RB Leipzig sanggup menjadi destinasi pinjaman penyerang kelahiran Norway itu dan memulangkannya selepas 10 perlawanan terakhir liga.

Wakil Jerman itu mengakui impak Haaland amat besar justeru perlu berhati-hati ketika kedua-dua bertarung di perlawanan timbal balik di Stadium Etihad dengan keputusan agregat ketika ini terikat 1-1.

Penggempur itu sudah mengumpul liga gol sepanjang lima perlawanan kempen kali ini meletakkannya di tangga kelima penjaring terbanyak di belakang tonggak Liverpool Mohamed Salah yang mengumpul lapan gol. – AP

Loading...
Terkini