comscore
Tumpuan :
Sukan

Haller pastikan Ivory Coast julang Piala Negara-Negara Afrika

FOTO: Reuters

ABIDJAN: Gol lewat permainan dari Sebastien Haller memastikan kemenangan buat Ivory Coast yang bangkit menewaskan Nigeria 2-1 pada final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dan menjulang trofi benua itu buat kali ketiga.

Nigeria seakan mampu mengulangi kemenangan 1-0 ke atas Ivory Coast di Stadium Olimpik Ebimpe pada peringkat kumpulan apabila kaptennya, William Troost-Ekong – yang menyempurnakan sepakan penalti pada pertemuan berkenaan – menanduk masuk gol pembukaan sebelum rehat.

Bagaimanapun, Franck Kessie kembali menyamakan kedudukan di pertengahan babak kedua dan Haller memanfaatkan hantaran lintang Simon Adingra pada minit ke-81 untuk gol kemenangan tuan rumah.

Kejayaan Ivory Coast tahun ini meletakkan mereka setanding dengan Nigeria pada tiga gelaran AFCON, selepas kejuaraan pada tahun 1992 dan 2015.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini