comscore
Tumpuan :
Sukan

Hang Yee dan Eng Cheong ke final Masters Kuala Lumpur

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong muncul wakil kedua negara mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir, Hang Yee dan Eng Cheong pilihan ke-3, ditentang hebat lawan dari Korea Selatan, Kim Young Hyuk dan Wang  Chan pada perlawanan yang berlarutan 67 minit itu.

Set pertama menampilkan aksi meyakinkan Hang Yee dan Eng Cheong yang menamatkan perlawanan 21-16.

Bagaimanapun Young Hyuk dan Wan Chan juga pilihan ke-5, tidak mudah mengalah apabila bangkit mengheret permainan ke set penentuan apabila menang set kedua 21-19.

Sokongan padu penyokong sendiri jelas memberi dorongan buat Hang Yee dan Eng Cheong untuk terus fokus.

Mereka mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mengakhiri tentangan Young Hyuk dan Wan Chan 21-15 pada set penentuan.

Lawan pasangan negara pada aksi final esok,  beregu Taiwan, Chen Cheng Kuan dan Chen Sheng Fa yang mengecewakan  wakil negara Nur Mohd Azriyn dan Tan Wee Kiong pada satu lagi saingan separuh akhir.

Loading...
Terkini