comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pasukan badminton lelaki kalah awal

FOTO: Facebook Olympic Council of Malaysia

HANGHZOU: Episod memedihkan dialami barisan pemain badminton lelaki negara apabila tersingkir di saingan berpasukan hari ini.

Malaysia yang baharu sahaja memulakan kempen di pusingan 16 dengan berdepan ujian Korea Selatan nyata tidak mempunyai ramuan mantap apabila tumbang 1-3 di Binjiang Gymnasium, Hangzhou.

Lee Zii Jia yang turun selaku perseorangan pertama tewas mengejut 1-2 kepada Jeon Hyeok Jin menerusi catatan 14-21, 21-14 dan 18-21.

FOTO: Facebook Olympic Council of Malaysia

Beregu lelaki Aaron Chia/ Soh Wooi Yik kemudian memberi nafas semula kepada kem negara dengan kemenangan 2-0 ke atas Seo Seung Jae/ Kang Min Hyuk hasil keputusan 21-17, 21-9.

FOTO: Facebook Olympic Council of Malaysia

Giliran wakil ketiga Ng Tze Yong membawa misi menentang Lee Yun Gyu namun nasib malang juga menimpanya tewas 0-2 akibat kekalahan 11-21, 16-21 sekaligus mata kedua lawan.

Harapan terakhir kepada gandingan senior Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekalahan nampaknya meleset gara-gara kecundang straight set 16-21, 18-21 kepada Kim Won Ho/ Na Sung Seung.

FOTO: Facebook Olympic Council of Malaysia

Kekalahan awal itu menyebabkan Malaysia mengulangi kegagalan pada edisi sebelumnya di Jakarta-Palembang yang menyaksikan skuad ketika itu tewas kepada Jepun 0-3 di peringkat sama.

Memandangkan skuad wanita tidak bahagian dalam acara berpasukan, peluang pemain negara seterusnya yang tinggal ialah kategori individu dijadual 2 Oktober nanti.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini