comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad skuasy wanita atasi India, gah ke separuh akhir

Foto: MOM / SRAM

HANGZHOU: Kempen Malaysia dalam acara skuasy berpasukan wanita terus meyakinkan apabila muncul juara kumpulan B selepas merakam kemenangan keempat hari ini.

Pasukan negara menewaskan India 3-0 dalam aksi terakhir sekaligus cemerlang tanpa melepaskan sebarang set ke separuh akhir selepas ini.

Mata pertama disumbang S. Sivasangari yang menumpaskan Joshna Chinappa 3-0 hasil permainan singkat straight set 11-6, 11-2 dan 11-8.

Barisan bimbingan Ajaz Azmat dan Andrew Cross itu kemudian berdebar melalui perlawanan kedua diantara Aifa Azman dan Tanvi Khanna Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center.

Foto: MOM / SRAM

Pemain berusia 21 tahun dari Kedah itu ketinggalan dua kali menyebabkannya perlu bekerja lebih keras menyekat lawan sehinggalah mendapatkan mata kemenangan Malaysia hasil keputusan 3-2 dengan catatan 9-11, 11-1, 7-11, 13-11 dan 11-5 dalam tempoh 46 minit.

Tugasan selaku pemain ketiga yang dipikul Rachel Arnold juga dilaksanakan sebaiknya apabila mencatat 3-0 ke pemain berusia 15 tahun Anahat Singh dengan 11-7, 11-7 dan 14-12.

Malaysia yang menumpaskan Nepal, Pakistan dan Macau sebelum ini menerusi keputusan sama dijadual turun dalam pertarungan separuh akhir esok.

Loading...
Terkini