comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Tan Cheong Min raih perak acara wushu

HANGZHOU: Kontinjen negara terus ceria pada aksi hari ketiga Sukan Asia apabila meraih satu pingat perak dalam acara wushu.

Tan Cheong Min memastikan pingat perak dalam acara gabungan Nanquan dan Nandao, sekali gus menamatkan penantian 13 tahun skuad wushu.

Atlet berusia 26 tahun kelahiran Melaka itu mencatat mata keseluruhan 19.419 mata untuk berada di tangga kedua di belakang atlet tuan rumah Chen Huiying yang mengumpul mata 19,590.

Pada sebelah pagi Cheong Min meraih 9.703 mata menerusi acara Naquan dan 9,716 mata acara Nandao.

Kali terakhir skuad wushu memenangi pingat di Sukan Asia adalah menerusi Chai Fong Ying yang meraih emas acara gabungan taijiquan dan taijijian pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Loading...
Terkini