comscore
Tumpuan :
Sukan

Hanya satu sahaja lagi perlawanan yang memisahkan kami dengan ‘treble’ – Guardiola

Foto : Reuters

LONDON: Piala FA Inggeris menjadi milik Manchester City yang menewaskan Manchester United 2-1 di perlawanan akhir.

Kejayaan itu membolehkan skuad bimbingan Pep Guardiola diambang melakar ‘treble’, dengan menantikan kejayaan Liga Juara-Juara Eropah selepas turut menjuarai Liga Perdana Inggeris.

“Kami hanya satu perlawanan darinya. Saya tidak mahu memperkatakannya tetapi faktanya ialah untuk melakar ‘treble’ kami perlu memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Ia lebih daripada itu, sekarang kami sudah memenangi Piala FA, Liga Perdana, tetapi ceritanya masih sama. Apapun daripada tiga tahun, dua perlawanan akhir dan satu separuh akhir adalah menakjubkan tetapi dipenghujungnya anda perlu memenanginya,” kata Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan.

Di Stadium Wembley, dua pasukan setempat penuh permusuhan nostalgia iaitu Manchester City dan United bertembung merebut trofi kedua masing-masing musim ini.

Ketua pasukan Cityzens, Ilkay Gundogan mencatat rekod tersendiri apabila menjaringkan gol terpantas pada perlawanan akhir menerusi voli memukau  ketika permainan baharu berusia 12 saat.

Hasil dari penelitian video bantuan pengadil, (VAR) Red Devils kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti.

Foto : Reuters

Ia diambil Bruno Fernandes yang menyempurnakannya pada minit ke-33 untuk menyamakan keadaan.

Namun Gundogan kembali memberi kelebihan buat juara enam kali itu sekali lagi menerusi voli tujuh minit sebelum rehat babak pertama.

Anak buah Guardiola kemudian mempertahankan gawang mereka daripada ditembusi hingga tamat permainan.

Gelaran itu menghidupkan peluang memburu kejayaan sensasi treble, seperti pernah dikecapi United pada musim 1999 apabila dijadual menentang Inter Milan di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, 11 Jun nanti.

Loading...
Terkini