comscore
Tumpuan :
Sukan

Harga tiket England melonjak RM13,575

FOTO: REUTERS

LONDON: Kemenangan besar 6 – 2 England ke atas Iran di Piala Dunia melonjakkan harga tiket yang dijual dalam talian sehingga £2,500 (RM13,575).

Ulat tiket menjualnya sehingga 50 kali ganda daripada harga asal kepada penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan England seterusnya dalam Kumpulan B.

Laman web Ticombo yang menjual semula tiket mendakwa mempunyai 500 tiket untuk aksi England menentang Amerika Syarikat dan Wales tetapi tiada jaminan mereka yang membeli daripada ulat tiket dibenarkan masuk ke stadium.

Penyokong perlu menunjukkan nombor permohonan tiket yang diperolehi ketika membelinya daripada laman web rasmi Fifa sebelum memohon permit memasuki Qatar.

Tidak dapat dipastikan sama ada penyokong boleh mendapatkan kod itu jika membelinya daripada ulat tiket dalam talian.

FIFA mendakwa menerima 23 juta permohonan untuk tiga juta tempat duduk bagi menyaksikan kejohanan dengan tiket perlawanan peringkat kumpulan habis dijual empat bulan lalu.

Sumber Qatar 22 berkata: “Tempat duduk membabitkan perlawanan England seterusnya paling laris di bandar ini sejak malam tadi.” – HARIAN METRO

Loading...
Terkini