comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya B-23 optimis cabar Uzbekistan

Skuad B23 negara menjalani latihan di Al Ersal, Doha menjelang aksi pertama Kumpulan ‘D’ menentang Uzbekistan pada saingan Piala Asia B23, Rabu ini. – FOTO: Ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Asia bawah 23 tahun (B23) bermula malam ini menyaksikan Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan ‘D’ menentang Uzbekistan pada Rabu di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Aksi pertama sememangnya penting kerana ia boleh dianggap sebagai motivasi terbaik, bagaimanapun bagi pengurus pasukan Datuk Seri Shahril Mokhtar, beliau selalu mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu tertekan terutama selepas mengambil kira reputasi pencabar lain pada Kumpulan D.

“Sejak bermulanya kem latihan pusat, saya selalu katakan kepada pemain supaya jangan tertekan kerana kita sentiasa akan menjadi pasukan bukan pilihan. Jadi dengan status seperti ini, kita tidak berdepan banyak tekanan.

“Kita tahu Uzbekistan memiliki kelebihan tetapi kita akan cuba memberi tentangan,

“Berdasarkan perkembangan ditunjukkan sepanjang tiga minggu menjalani latihan, saya optimis kita mampu memberikan cabaran yang terbaik kepada Uzbekistan,” kata Shahril.

Shahril juga melihat anak buahnya sudah mula menyesuaikan diri dengan cuaca di Qatar selepas sebelum ini hanya menjalani sesi latihan pada sebelah malam susulan bulan Ramadan.

“Pemain perlu sesuaikan diri dengan cuaca pada sebelah petang kerana kita ada dua perlawanan pada sebelah petang. Ada lagi beberapa hari sebelum aksi pertama (lawan Uzbekistan) jadi kita melihat ada perkembangan positif daripada pemain.

“Saya fikir cuaca di Malaysia lebih panas lagi berbanding di Qatar, cuma di sini cuacanya panas dan kering jadi pemain perlu pandai-pandai untuk ‘ambil angin’ ketika bermain nanti,” katanya.

Selepas berdepan juara 2018 Uzbekistan, skuad bimbingan Juan Torres Garrido ini akan menentang Vietnam pada 20 April sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang Kuwait, tiga hari kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini