comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya ‘baham’ Kemboja

FOTO: FAM / Facebook

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan mendapat tonik terbaik dalam persiapan ke Piala AFF, hujung bulan ini apabila menewaskan Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menguji beberapa senjata baharu termasuk dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero serta pemain kacukan David Rowley.

Detik manis dikecapi Tuck apabila dia meledak gol kedua Malaysia pada minit ke-38 bagi penampilan sulung bersama Harimau Malaya selepas Faisal Halim membuka tirai jaringan hanya selepas 11 minit perlawanan berlangsung.

Faisal yang turut membantu jaringan Tuck meneruskan kecemerlangan apabila dia meledak gol ketiga skuad negara pada masa kecederaan babak pertama selepas menerima umpanan Darren Lok.

Walaupun melakukan banyak percubaan ke gawang Kemboja di babak kedua, Harimau Malaya terpaksa menunggu minit ke-86 untuk menambah gol keempat menerusi Stuart Wilkin, sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara.

FOTO: FAM / Facebook

Anak buah Pan Gon akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Rabu ini sebelum menghadapi Piala AFF.

Loading...
Terkini