comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya bangkit ikat Auckland FC

Foto: FAM/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

AUCKLAND: Perlawanan persahabatan ujian pasukan kebangsaan dengan kelab New Zealand hari ini berakhir dengan keputusan seri satu sama.

Tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi Francis de Vries minit  ke-25, sebelum Malaysia memperoleh jaringan penyamaan dari Nooa Laine minit ke-59.

Aksi di Stadium Go Media itu dilangsungkan secara tertutup dengan masa permainan dipendekkan daripada tempoh sebenar 90 minit.

Jurulatih negara, Pau Marti Vicente mengambil keputusan tersebut dengan positif, selepas melihat barisannya berjaya mengimbangi permainan yang ditampilkan lawan.

“Kami melepaskan satu gol di babak pertama hasil biasan bola, tetapi saya rasa kita bersaing dengan baik.

“Pada separuh masa kedua pula kami menggantikan sembilan pemain, jadi ramai pemain mendapat masa permainan sebanyak 45 minit,” katanya.

Foto: FAM / Facebook

Tambahnya lagi, biarpun skuad jolokan ‘The Black Knights’ itu merupakan pasukan baharu dibentuk untuk bermain di Liga Australia (A-League), mereka tetap mempunyai gabungan pemain berkualiti dari pelbagai negara.

Perlawanan ujian tersebut berlangsung dalam intensiti tinggi, laju serta lasak sekaligus mirip cabaran yang bakal dilalui semasa melawan New Zealand dalam aksi antarabangsa tiga hari lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini