comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya jalani latihan pertama

FOTO: Ihsan FAM

TAIPEI: Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjalani sesi latihan pertama di Yingfeng Soccer Field, malam ini setibanya di Taipei City, petang tadi.

Suasana latihan tampak ceria dengan pemain kebangsaan dilaporkan tidak mengalami masalah kecederaan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Datuk Hamidin Haji Mohd Amin turut bersama pasukan memberi kata-kata semangat  menjelang perlawanan kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei, Selasa ini.

FOTO: Ihsan FAM

Kejayaan menewaskan pasukan ke-97 dunia Kyrgyzstan 4-3 pada aksi pertama di Bukit Jalil  memberi motivasi yang amat diperlukan Malaysia (ke-137) bagi mengharungi cabaran membawa pulang tiga mata penting berdepan Taiwan yang menghuni posisi ke-152.

Taiwan pula yang dikendali jurulatih dari England, Gary White  tewas 0-3  kepada Oman di gelanggang lawan

Di atas kertas, Malaysia menjadi pilihan memenangi perlawanan di Stadium Perbandaran Taipei itu, namun apa jua boleh berlaku, sebagaimana nasib yang menimpa Kyrgyzstan, tewas kepada skuad Harimau Malaya meskipun berada di ranking lebih baik.

FOTO: Ihsan FAM

Taiwan diakui kebal di gelanggang sendiri dan White mengharapkan rekod itu bekekalan dengan kehadiran penyokongnya membanjiri stadium.

Selepas menentang Taiwan, Malaysia dijadual berdepan pasukan di ranking ke-72, Oman di tempat lawan pada 21 Mac tahun depan dan melayan kunjungan pasukan itu pada 26 Mac di tanah air, diikuti Kyrgyzstan (6 Jun) di tempat lawan dan bertemu Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Loading...
Terkini