Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya ketinggalan di babak pertama

Harimau Malaya ketinggalan 2-1 kepada Timor Leste selepas tamat babak pertama aksi Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. – Foto FAM

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya ketinggalan 2-1 kepada Timor Leste selepas tamat babak pertama aksi Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Harimau Malaya yang berada di kedudukan 132 dunia bagaimanapun bergelut untuk merobek gawang Timor Leste yang menghuni tangga ke-196 dunia.

Sepanjang 30 minit pertama, hanya tandukan Syafiq Ahmad pada minit ke-10 menjadi percubaan terbaik skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Harimau Malaya terpaksa menunggu hingga minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan menerusi Syafiq yang menyudahkan umpanan Fergus Tierney.

Kedudukan itu bagaimanapun berubah apabila Timor Leste berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah Olagar Xabier pada masa kecederaan babak pertama.

Malah, dua minit kemudian Timor Leste mengejutkan Harimau Malaya apabila berjaya berada di depan selepas Joao Pedro membuat larian solo sebelum melakukan rembatan lencong untuk menewaskan penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi buat kali kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini