comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki Asia perlu kuota tambahan ke Olimpik – KHM

Skuad hoki kebangsaan dalam satu saingan antarabangsa.-Foto ihsan MHC

KUALA LUMPUR: Melihat sistem kelayakan ke Sukan Olimpik yang disifatkan tidak adil buat negara Asia, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mahu Persekutuan Hoki Asia (AHF) bersuara bagi menggesa Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengkaji semula sistem berkenaan.

Menurut Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, beliau bukan mahu memberikan alasan kegagalan skuad negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, sebaliknya merasakan Asia perlu diberikan kuota tambahan berbanding hanya juara Sukan Asia diberikan slot automatik untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu.

“Sekarang untuk Asia, juara adalah India, sedangkan yang lain harus bersaing dengan 10 pasukan terbaik Eropah.

“Selepas Belanda layak, kita perlu berdepan Belgium, Jerman, Englad dan Sepanyol. Ia bukan mudah kerana kuota untuk kelayakan ini memang terhad,” katanya.

Jelas Subahan, hanya India layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 sedangkan negara lain di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Pakistan, China dan Malaysia gagal melayakkan diri.

“AHF harus bantu negara Asia dengan mendesak banyak peluang diberikan. Olimpik adalah untuk perpaduan, bukannya hanya membabitkan siapa menang. Jika 16 slot (Sukan Olimpik) diberikan sudah tentu Malaysia ada peluang.”

Kalau Olimpik Los Angeles 2028 lagi susah, sebab slot automatik kepada tuan rumah, Amerika Syarikat sedangkan kuasa besar benua berkenaan ialah Argentina.”

Jadi, caranya adalah kita akan cuba untuk melihat kembali proses sistem kelayakan. Kalau tidak memang satu ujian besar bukan hanya kepada Malaysia,”

Jadi, ini kerja saya bersama Datuk Majid Manjit Abdullah (Naib Presiden AHF) dan Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak (Ahli Lembaga Eksekutif AHF) membawa suara ini kepada AHF.”

Harap keluhan Malaysia mengenai wakil Asia ini didengari.” katanya

Tambah Subahan, berbeza dengan Piala Dunia yang membabitkan 16 pasukan yang menyaksikan Malaysia sering berjaya melayakkan diri dengan kali terakhir tahun lalu di Bhubaneswar, India.

Hanya 12 pasukan bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris termasuk tuan rumah, Perancis, Belanda, India, Jerman, Great Britain, Sepanyol, Afrika Selatan, Belgium, Australia, Argentina, New Zealand dan Ireland.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini