comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki – Azrai wira Speedy Tigers bangkit atasi Kanada

FOTO: FIH/World Sports Pic

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

POTCHEFSTROOM: Skuad hoki lelaki negara kembali mendaki tangga kumpulan B saingan Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan apabila merakam kemenangan ke atas Kanada.

Dalam aksi kedua yang dimainkan di North-West University itu, Kanada terlebih dahulu memimpin permainan menerusi gol padang Sean Davis minit ke-19.

Muhammad Firhan Ashaari kemudian menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti minit ke-33.

FOTO: FIH/World Sports Pic

Kanada dihadapan buat kali kedua dengan gerakan serupa minit ke-40 yang disudahkan Gordon Johnston.

Pada baki 15 terakhir terakhir di suku keempat, Speedy Tigers mengambil kesempatan keatas lawan yang beraksi dengan kekurangan pemain.

Penyerang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menyemarakkan kebangkitan rakan sepasukan dari gol padang minit ke-50.

FOTO: FIH/World Sports Pic

Tiga mata penuh yang dicari menjadi milik anak buah Arul Selvaraj selepas Azrai muncul wira pasukan menyumbat gol peribadi kedua seterusnya penentu kemenangan 3-2 Malaysia.

Keputusan itu meletakkan skuad negara di kedudukan ketiga, terikat 3 mata dengan Jepun yang mempunyai kelebihan jaringan.

Perlawanan seterusnya merupakan aksi terakhir kumpulan bertemu Jepun Khamis ini.

Loading...
Terkini