comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI: Lapan negara berentap buru Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor

Oleh: Hazreen Mubarak

JOHOR BAHRU: Lapan negara mengesahkan penyertaan kejohanan hoki antarabangsa bawah 21 tahun bagi merebut Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 bermula 27 Oktober di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, kejohanan edisi ke-11 ini turut disertai oleh juara edisi lalu, India selain Pakistan dan New Zealand yang turut berada dalam Kumpulan B.

Pertambahan penyertaan berbanding enam negara sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa kejohanan itu menjadi tumpuan pemain hoki dunia.

Lebih-lebih lagi pasukan negara yang bakal menjadi medan persediaan menghadapi kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, hujung tahun ini.

“Sasaran saya tak mahu letak yang terlalu tinggi. Biarkan jurulatih dan MHC. Tetapi bagi saya, sasaran untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan SOJC 2023, petang tadi.

Tujuh pasukan akan berentap dalam kejohanan itu yang menerima nilai tajaan lebih RM2 juta.

Selain Malaysia, turut bertanding ialah  Great Britain, India, Jerman, Australia, Afrika Selatan, New Zealand dan Pakistan.

Skuad negara bakal mengharungi perlawanan pembuka tirai peringkat kumpulan menentang New Zealand pada 27 Oktober depan.

Loading...
Terkini