comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki: Malaysia bangkit ikat Pakistan

MOQI: Skuad hoki kebangsaan dipaksa bekerja keras sebelum bangkit mengikat Pakistan dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan, kempen hoki Trofi Juara-Juara Asia 2024.

Pada perlawanan yang berlangsung di Moqi, China itu, Malaysia ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

Pakistan berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Sufyan Khan pada minit ke 24 sebelum Zikriya Hayat menggandakan jaringan dua minit sebaik suku ketiga bersambung.

Percaturan baharu direncana jurulatih Sarjit Singh dan minit ke 37, Malaysia merapatkan kedudukan 2-1 selepas Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Dan ketika permainan berbaki 4 minit, gol kedua Malaysia menyusul, kali ini menerusi penyudah Nik Mohd Aiman Nik Rozemi, mengikat kedudukan 2-2.

Kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepaz keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

“Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama, pasukan tidak panik dan barisan jurulatih memberi beberapa arahan untuk pemain bangkit daripada ketinggalan.

“Kebangkitan yang baik selepas ketinggalan 0-2, pemain menunjukkan karekter yang baik untuk mengejar pasukan Pakistan, tetapi kami tidak boleh selalu ketinggalan begini kerana bukan mudah untuk melakukan kebangkitanpada perlawanan di peringkat antarabangsa.

“Menjelang perlawanan esok, kami perlu memperbaiki hantaran akhir ke dalam “D” kawasan lawan, kami tidak melakukannya dengan baik pada separuh masa pertama, jika kami dapat memperbaiki kelemahan ini dengan cepat pasti banyak peluang boleh dijelmakan di dalam “D” lawan”, kata ketua jurulatih, Sarjit Singh selepas perlawanan.

Aksi seterusnya esok, Malaysia dijadualkan bertemu dengan China untuk aksi kedua kumpulan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini