comscore
Tumpuan :
Sukan

Hoki – Malaysia terlepas tiket ke perlawanan akhir, tewas kepada Ireland di separuh akhir

Skuad hoki negara beraksi menentang Ireland di Potchefstroom. – FOTO: FIH/World Sports Pic

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

POTCHEFSTROOM: Harapan Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan tidak kesampaian.

Berdepan Ireland di peringkat separuh akhir, skuad ‘The Speedy Tigers’ terpaksa akur dengan kekalahan 0-3.

“Memang kecewa dengan kekalahan 3-0, saya rasa walaupun kita menguasai permainan dengan mendapat lebih banyakmpukulan sudut penalti, tetapi tidak dapat menjaringkan gol, saya rasa ini antara kesalahan kita sendiri, Hafizuddin telah banyak menyelamatkan, lima atau enam peluang Hafizuddin menyelamatkan kita, dua gol lawan agak senang, tiga lawan satu susah untuk dia tetapi Hafizuddin telah melakukan tugasnya dengan baik, tetapi kekecewaan di barisan belakang kita.

FOTO: FIH/World Sports Pic

“Kita tidak bermain corak sebenar permainan kita, masih kekurangan kesungguhan dan tenaga.

“Semestinya saya berharap kekecewaan ini tidak dipendam pemain terlalu lama, mereka kena bangkit semula untuk mempamerkan karakter sebenar mereka, bangkit semula, esok kita akan bermain penentuan ketiga dan keempat, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan medal,” kata Arul Selvaraj, ketua jurulatih kebangsaan.

Pada pertemuan menentang Ireland, Malaysia berjaya mempamer permainan baik pada aksi 30 minit pertama.

Namun, gawang Malaysia akhirnya dibolosi Ireland menerusi jaringan padang Benjamin Walker pada minit ke 41.

FOTO: FIH/World Sports Pic

Dan Ireland terus garang menggandakan jaringan dua minit berselang, kali ini hasil sentuhan Jeremy Duncan.

Ireland melengkapkan kemenangan 3-0 selepas Duncan berjaya menjaringkan gol kedua peribadi ketika permainan berbaki lapan minit.

Gagal ke perlawanan akhir, peluang masih ada buat Malaysia untuk menaiki podium esok menerusi perlawanan klasifikasi 3/4, akan berdepan pasukan yang tewas dalam satu lagi aksi separuh akhir antara Korea Selatan dana tuan rumah, Afrika Selatan.

Loading...
Terkini