comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI – Negeri Sembilan intai tiket ke perlawanan akhir Piala Vivian May Soars

Penjaga gol THLT-MSNT, Huzaimah cuba menyekat percubaan pemain Negeri Sembilan. – FOTO: MHC

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

BUKIT JALIL: Negeri Sembilan semakin menghampiri sasaran untuk melengkapkan kejuaraan hatrik selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas THLT-MSNT pada aksi separuh akhir pertama semalam.

Tiga gol berjaya dicipta Negeri Sembilan pada suku pertama dengan Nuramirah Shakirah Zulkifli memecah kebuntuan seawal minit ke 2 menerusi jaringan padang.

Negeri Sembilan kemudiannya menggandakan jaringan seminit berselang selepas Nur Afiqah Syahzani Azhar turut mencipta gol padang.

Tidak berhenti di situ, minit keenam, Negeri Sembilan melebarkan kedudukan, kali ini menerusi jaringan sudut penalti Fatin Shafika Mahd Sukri untuk kedudukan 3-0.

Minit ke 23, Nur Afiqah menggandakan jaringan peribadi menyaksikan Negeri Sembilan terus selesa dengan kedudukan 4-0.

6 minit berselang, THLT akhirnya berjaya memecah kebuntuan, gol menerusi sentuhan Nur Syahirah Azwan untuk keputusan penuh 4-1 memihak Negeri Sembilan.

Syahirah menjaringkan gol penyamaan buat KPT-Uniten Thunder. – FOTO: MHC

Kelebihan yang dimiliki menyaksikan Negeri Sembilan kini berpeluang cerah untuk merakam ‘treble’ selepas turut mengungguli Piala Sumbangsih dan bergelar juara liga musim ini.

Dalam satu lagi perlawanan, cabaran Young Tigress masih belum berakhir walaupun tewas 1-2 kepada KPT-Uniten Thunder dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Bagaimanapun KPT-Uniten dikejutkan dengan gol awal Young Tigress menerusi Azmyra Mia Sodea Azhairy pada minit ke 8.

Dan KPT-Uniten terpaksa menunggu sehingga minit ke 56 sebelum Iren Hussin menyempurnakan pukulan penalti.

Penghujung perlawanan, Raja Norsharina Raja Shabuddin muncul wira KPT-Uniten apabila menjaringkan gol kemenangan membawa kelebihan 2-1 menjelang aksi timbal balik esok.

Loading...
Terkini