comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI: Pertandingan bawah umur antarabangsa pembangunan hoki, Piala Mirnawan bermula Sabtu ini

Piala Mirnawan edisi sulung tawar pentas kompetetif program pembangunan hoki negara.

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Selepas bola sepak dan ragbi, kini giliran sukan hoki pula mempunyai pentas pertandingan bawah umur kompetetif yang digerakkan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi penganjuran saingan Piala Mirnawan 2022.

Kejohanan antarabangsa sulung dari Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) itu menerima penyertaan 15 pasukan merangkumi wakil dalam dan luar negara.

Sebanyak 8 pasukan iaitu Sports Odisha, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah, Majlis Sukan Sekolah (MSS) Perak, Jepun, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Tigers dan Singapura mengambil bahagian dalam kategori bawah 17 tahun lelaki.

Manakala empat zon NHDP iaitu Tengah, Selatan, Timur dan Utara bersaing bersama-sama tiga lagi pasukan Sports Odisha, SSTMI dan Singapura dalam kategori bawah 14 tahun perempuan.

Piala Mirnawan yang mengikut model Piala Supermokh (bola sepak) dan Bunga Raya Seven (ragbi) dengan menjemput penyertaan pasukan tempatan dan kebangsaan diadakan selama 7 hari dari Sabtu ini hingga 2 Disember di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dimulakan dengan format kumpulan hinggalah aksi penentuan juara.

Ia dijalankan dengan kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Loading...
Terkini