comscore
Tumpuan :
Sukan

HOKI PIALA NEGARA-NEGARA: Penamat keempat, ‘The Speedy Tigers’ cari ramuan untuk bangkit di Piala Dunia

Malaysia beraksi menentang Korea FOTO: FIH/World Sports Pic

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

POTCHEFSTROOM: Penamat tempat keempat yang diraih skuad hoki kebangsaan pada kempen Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan boleh dilabel sebagai pencapaian sederhana.

Ia selepas skuad kendalian Arul Selvaraj berjaya melangkah ke separuh akhir, sasaran awal yang diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia, MHC.

Namun, bagi Arul sendiri, masih banyak yang perlu dilakukan sebelum skuad negara mengambil bahagian pada kempen Piala Dunia yang akan berlangsung di Bhubaneswar, India bermula 13 hingga 29 Januari tahun depan.

“Secara keseluruhan, bagus untuk pemain-pemain lain dapat minit permainan di peringkat tertinggi ini, tapi macam saya cakap sebelum tu, banyak sangat ramai sangat injury menyusahkan pasukan kita untuk bergerak ke hadapan, disebabkan pertukaran yang agak susah.

“Kelemahan agak ketara dari segi dua tiga pemain yang baru masuk, selepas kita kehilangan tujuh pemain utama untuk kejohanan ini, agak susah sikit untuk kita mengekalkan prestasi sebab banyak juga pertukaran posisi disebabkan kehilangan pemain-pemain penting.

“Walaupun tewas, pemain cuba sedaya upaya, nampak kekurangan kekuatan dari segi kaki dan sebagainya, begitu juga sebab kekurangan pemain untuk kita buat pertukara ,” kata Arul.

Di Potchefstroom, Malaysia yang diundi dalam kumpulan B bermula dengan langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Korea Selatan.

Berdepan Kanada pada perlawanan kedua, ‘The Speedy Tigers’ terpaksa melakukan kebangkitan sebelum lega merakam kemenangan 3-2.

Paling menyerlah, ketika Malaysia membenam Jepun dengan keputusan 5-1 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Harapan Malaysia untuk ke pentas akhir bagaimana pun tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas dengan kekalahan 0-3 kepada Ireland.

Dan nyata kekalahan yang dialami kepada Ireland turut memberi kesan pada aksi terakhir pasukan menentang Korea bagi penentuan klasifikasi 3/4.

Malaysia tewas kali kedua berturut-turut kepada Korea dengan kekalahan 0-4, sekaligus terpaksa berpuas hati mengakhiri kempen di tempat keempat.

Loading...
Terkini