comscore
Tumpuan :
Sukan

Ibrahimovic penjaring tertua Serie A

FOTO: Daniele Mascolo / REUTERS

MILAN: Zlatan Ibrahimovic dari AC Milan menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Serie A tetapi ia tidak mencukupi untuk mereka menang apabila tewas kepada Udinese 1-3.

Kekalahan itu sekali gus menjadi tamparan buat juara bertahan itu untuk memperoleh penamat empat teratas.

Milan terlepas peluang untuk melonjak ke tangga kedua dan kekal di tempat keempat dengan 48 mata, satu mata di depan AS Roma di tangga kelima yang menentang Lazio.

“Ia adalah persembahan yang negatif. Apabila pasukan bermain seperti ini, tidak agresif, tidak beri tekanan, tidak tepat atau fokus, bermakna jurulatih bekerja dengan teruk dalam mempersiapkan pasukan.

“Kami terlalu jauh di bawah kemampuan kami hari ini,” kata pengurus Milan Stefano Pioli.

“Lihat, sudah jelas kami tidak akan mengekalkan Scudetto, tetapi kami boleh memenangi perlawanan liga dan cuba melayakkan diri ke Liga Juara-Juara. Kami mahu dan boleh melakukan yang lebih baik musim ini.”

Pada usia 41 tahun 166 hari, Ibrahimovic mengambil tempat bekas pertahanan AC Milan, Alessandro Costacurta – yang juga meledak mengatasi Udinese pada 2007 ketika berusia 41 tahun – sebagai penjaring tertua dalam sejarah liga utama Itali.

Sementara itu Zlatan Ibrahimovic berkata dia “bangga” menjadi penjaring tertua Serie A, ia sebagai hadiah sagu hati buat Milan yang tewas kepada Udinese.

“Adalah lebih baik jika Costacurta menyimpan rekod ini,” kata Ibrahimovic.

“Saya berbangga untuk menyertai senarai sejarah kelab yang hebat ini di mana ramai pemain hebat terhasil dan itu amat bermakna buat saya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini